Sunday 19 May 2013

sekolah


dekat kolej kalau sembang cerita pasal zaman sekolah dulu, zaman sekolah aku la yg paaaaaling best :) best apa jadi budak nakal kat sekolah. tapi nakal-nakal aku pon, jdi pengawas gak akhirnya. hahahaha aku sampai skrg syak cikgu ismail sbnr nye nak perli aku sbb tu dia jadi kn aku pengawas. and yeah, haruslah aku jadi pengawas yg paling tak bertauliah. hahahahahaha ;D

5 imtinan 2011


dulu sekolah rendah pon kaki gaduh je, tapi time sekolah rendah kira ampun lagi la. haha masuk form one first time pulak duduk asrama. ok sbnr nye aku rasa aku ade sikit hilang ingatan waktu jatuh kepala terhentak kat batu time maen netball time form 3 dulu so aku mcm tak berapa nak ingat sangat benda benda time form one. but yeah ofkos aku ingat kawan-kawan kat sana :) aku mana bole lupa kawan2, kawan2 tadika pon aku ingat lagi. heee sweet tak aku? euw

masuk form two pindah smik. wah mmg heaven la reunite balek dgn geng2 sekolah rendah dulu. first week start sekolah dah kena panggil dgn cikgu disiplin sbb gaduh. XD well. actualyy gaduh-gaduh tu la yg mengeratkan silaturrahim. apela cikgu2 tu, tak open minded. wakakaka

kat sekolah dulu aku and shime kitorang dealer komik, cd anime and novel. hahahaha bila ada spot check je kelam kelibut nyorokkan. nasib baek rumah aku depan sekolah je. selamat sikit.

ingat lagi aku and bella kena denda sbb hampir tiap hari kitorang dtg sekolah lambat pastu kantoi dgn cikgu ismail. kitorang kena punch card hari2 jumpa cikgu ismail sblm pukul 8. hahaha denda mcm bangang je. hampir sebulan jugak la kitorang kena buat denda tu. waktu form 3 plak mmg rutin aku setiap kali waktu rehat kena denda cuci tingkap bilik guru sbb datang lambat. gila babeng punya berhabuk tingkap bilik guru tu mcm tak cuci setahun! mmg sesuai di buat denda. XD

and still ingat time form 3 dekat dekat nak pmr time tu, ramai ramai kena panggil ngadap cikgu disiplin aka cikgu ismail sbb pergi lepak rumah bella tengok cerita underdog. hahahaha mmg lawak gila semua orang muka dah cuak je hadap cikgu ismail lagi lagi bila dia keluar kan rotan dia. aku rileks je, dah biasa bai hadap cikgu ismail dgn cikgu latif. XD mmg kira mcm rutin la setiap hari jumaat tengahari time rehat pergi rumah bella tengok cerita hantu selalunya. sbb rumah dia ada bilik tv best gila woooo. hehe rindu gila aktiviti tu :')

masuk form four aku dah mcm bajet baek sikit la, kena paksa pulak pgg jawatan naib pengerusi kelab penerbitan and keceriaan. and mcm biasa la, aku mne suka pgg jawatan ni sbb nnti susah nak buat jenayah ponteng koku bagai, so haruslah aku jadi naib pengerusi yg pemalas kejap ade kejap takde mcm chipsmore. hahahahaha

pastu masuk form five aku tersenarai plak dlm senarai pengawas sekolah. "hampagas betol, dah tak bole buat jenayah" tu la bnda yg terlintas dlm kepala aku. hahahaha mmg sampai skrg aku rasa cikgu-cikgu sbnr nye nak perli aku. bila aku bagi tau family aku aku jdi pengawas diorang semua gelak, heh mmg tak menyuntik smgt utk aku berubah lgsg. bole plak akak aku kata mungkin tu salah satu tektik terbaru utk cikgu jadikan bebudak nakal ni jadi baek suruh kasi insaf sikit bila dh jdi pengawas. hahaha oh and haruslah aku insaf siket, tunjuk teladan yg baek kt junior (kononnya), datang sekolah awal pergi perhimpunan segala. haha kira klu betul tu tektik cikgucikgu kira berjaya la diorang. tpi datang sekolah pagi je la aku awal, tengahari tu wajib dtg lambat. bwahahaha kadang2 klu tengahari tu kelas arab or agama or sejarah aku skip terus. XD

banyak gila kenangan manis kenangan pahit zaman sekolah dulu. bila cerita kat roomates kolej diorang mmg nganga je la. haha tak percaya kot zaman sekolah aku penuh dgn keriangan. XD

last day sekolah.
last paper spm :)


rindu nye zaman sekolah :)


No comments:

Post a Comment