Saturday 1 June 2013

cuti ke? heh

cuti kali ni adalah cuti yg paling stress dan menyakitkan hati dan membosankan dan segala-galanya yg tak best.
- mood : feeling blessed

lepas sebulan setengah tak keluar dari uitm lembu.. ops.. lendu tu, aku balek cuti sem 2 bulan dgn harapan balek rumah dpt rehat rehat lepak lepak jumpa kengkawan yg dah bertahun tak jumpa walaupun rumah sebelah sebelah je. tapi itu semua hanya la harapan yg dah jadi layu lalu gugur ke tanah dan di lenyek pula oleh buldozer apabila aku dihantar ke cameron highland utk jaga adik adik yg sekolah ni.  ToT actually bukan la jaga, tapi lebih kpd jadi bibik eh tapi klu bibik dpt gaji so aku sbnr nya more kpd jadi kuli adik adik aku kat rumah la. huhu mcm sinderela tak cerita aku? 

sepanjang aku kat sini, takda kawan mmg merana la aku. dah la aku ni jenis kuat bercerita gelak huhahuha tapi bila dah takde kawan aku nak cerita kat sapa plak? takkan la tetibe nak pergi cerita kat bangla cuci kereta bawah rumah aku ni kut. heh so segalanya aku simpan sampai membuatkan aku tertekan jiwa raga mental fizikal. kadang rasa mcm nak hantuk kepala kat dinding sbb tekanan. 

dahtu bila kat sini, kawan2 kat shah alam keluar pi jalan semua aku je yg takde. bila diorang ajak, aku plak yg serba salah tak dpt pegi padahal dah plan lama dah. huhu sedih weh sedih. banyak event event best ada waktu aku kat cameron highland. Karnival Belia 13, acoustic show SOG, bookfair kat SACC ada Izzue Islam, event kat AEON Bukit Tinggi ada Aaron Aziz semua aku miss. dah la semua buat dekat dekat je dgn rumah, tempat aku selalu lepak. mmg kecewa tahap gaban la!!!

pastu bila kat cameron, dahnak balek shah alam, ada plak Johan As'ari datang buat shooting kat sini. huhu punya berlagak adek and abang aku tadi sbb dapat jumpa Johan As'ari kat masjid solat jumaat tdi. huhu adek aku la riak gila sbb solat sebelah dia pstu siap salam lagi. aish jeles weh jeles. pastu petang tu aku berangan la nak pi jalan keluar pi taman ke petang petang dah last day stay cameron kan, and dgn harapan dpt tengok Johan As'ari shooting ke ape, tapi angan angan aku tu mmg angan angan je la. dah kena pulak tolong umi masak and gosok baju sekolah adek adek aku yg tak berguna tu. huh memang kecewa dush dush dush rasa nak terjun je dari tingkat tiga ni punya kecewa lahai TToTT pastu bila adek abang aku balek dri kebun diorang cerita lagi tdi nampak Johan As'ari tgh shooting kat area taman tmpt aku slalu lepak tu. wah wah lagi la buat aku rasa nak tikam orang! arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh pastu besok plak kak ana nak ajak pergi tengok diorang shooting kat banglo kat moonlight. tmpt tu mmg kitorang familiar la. tapi besok pagi dah nak balek shah alam. huhu melepas lagi satu peluang. sedih toksah cerita. menanges aku tak dpt nak bergembira. huhu

pastu dah semangat besok balek dpt la jumpa jiha twin sejati aku. dah lama tak jumpa jiha. pastu dan dan time tu dia pergi penang pulak. lagi la super duper sedih wal kecewa.  :'(

aku rasa aku sebenarnya kena curse kot. kena curse supaya tak bole bergembira, tak bole enjoy kan diri sendiri. tsk tssskkkk /kesat air mata sambil sedut hingus/

balek uitm ni dah janji dgn fifaa nak pergi tengok wayang. semoganya jadi. klu tak jadi jugak mmg sah la aku kena curse :/

No comments:

Post a Comment